
Kekecohan Masjid At-Taqwa: Ini Penjelasan JAWI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui satu kenyataan tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.
Menurut JAWI, pihaknya mengambil perhatian mengenai sebuah video tular yang menunjukkan seorang individu masuk ke masjid tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jemaah.
Kejadian tersebut dilapor berlaku pada waktu solat subuh, 1 Januari lepas.
Menurut JAWI, siasatan yang dijalankan oleh pihaknya mendapati bahawa individu tersebut dipercayai mempunyai kelihatan mempunyai masalah mental dan mengganggu jemaah untuk beribadah.
Susulan itu, JAWI mengucapkan terima kasih kepada tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.
“Namun, JAWI amat kesal dengan tindakan seorang jemaah yang bertindak kasar kepada individu berkenaan di dalam masjid kerana itu bukan cara Islam menangani masalah,” kata JAWI.
Rentetan dari kejadian itu, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah pun meminta pengurusan Masjid At-Taqwa untuk meningkatkan kawalan di masjid berkenaan.
Ia bagi memastikan tiada kejadian yang sama berulang di masa hadapan.

Sumber: JAWI
The post Kekecohan Masjid At-Taqwa: Ini Penjelasan JAWI appeared first on Siakap Keli.

