Kekeliruan caj tempat letak kereta: MAHB diminta menambah baik iklan

LocalBusiness & Finance
11 Jun 2026 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kekeliruan caj tempat letak kereta: MAHB diminta menambah baik iklan
Pui Ting (gambar kecil) berkongsi petikan daripada maklum balas KPDN berhubung aduan rasmi yang difailkan.

SHAH ALAM - Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) diminta untuk menambah baik setiap iklan yang dibuat susulan kekeliruan promosi tempat letak kereta jangka panjang (LTCP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh pempengaruh media sosial, Chin Pui Ting yang juga dikenali sebagai 'deadpudds' selepas menerima maklum balas rasmi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menerusi surat rasmi yang dikongsikan beliau, siasatan yang dijalankan mendapati harga yang ditawarkan melalui iklan terdahulu adalah bagi tempahan secara dalam talian (online booking) dan tidak terpakai untuk kemasukan secara terus (drive-in).

Pada masa sama, syarikat berkenaan diminta untuk menambah baik settiap iklan dengan memasukkan elemen berkaitan seperti terma 'tempahan secara dalam talian' dan menyatakan tarikah tamat promosi.

Pihak KPDN juga memaklumkan bahawa pengguna yang terkesan adalah layak untuk membuat tuntutan semula bagi wang lebihan bayaran, sekiranya caj yang dikenakan tidak mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak berkaitan dengan mengemukakan bukti bayaran dan maklumat rekod tempahan berkaitan.

Menurut Pui Ting, perkembangan itu dilihat sebagai satu kemenangan besar kepada usaha meningkatkan kesedaran hak pengguna.

"Realiti menyedihkan meskipun pelbagai bukti telah dikemukakan, syarikat berkenaan masih belum mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atau menunjukkan langkah baharu yang jelas dalam aspek akauntabiliti," katanya menerusi video yang dimuat naik.

Sebelum ini, Pui Ting menyiarkan video yang mendakwa dia dikenakan bayaran RM381 untuk 12 hari tempat letak kereta di LTCP KLIA susulan perjalanan pada 4 Mei.

Katanya, kadar promosi menunjukkan RM27 untuk hari pertama, RM17 untuk hari kedua dan ketiga, dan RM9 dari hari keempat dan seterusnya.

Dia kemudiannya mendapati bahawa harga telah disemak semula pada 1 Mei kepada kadar sejam yang dihadkan pada RM32 sehari, mengakibatkan caj yang lebih tinggi daripada jangkaannya tanpa tiada notis yang jelas mengenai perubahan pada akaun media sosial syarikat itu.

MAHB kemudiannya dalam kenyataan menafikan dakwaan tersebut dengan memaklumkan kadar LTCP yang lebih rendah yang disebut adalah sebahagian daripada kempen promosi yang tamat pada 24 Februari.

 

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved