Kekurangan Bahan Api: Hospital Di Gaza Mungkin Henti Operasi Dalam Masa 48 Jam

1 Jul 2024 • 12:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kekurangan Bahan Api: Hospital Di Gaza Mungkin Henti Operasi Dalam Masa 48 Jam

KAHERAH, 30 Jun (Bernama-Sputnik) — Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad, lapor Sputnik.

“Kementerian Kesihatan sekali lagi memberi amaran bahawa hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen yang masih beroperasi akan berhenti berfungsi dalam masa 48 jam kerana kehabisan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator,” kata kementerian itu di Telegram.

Pegawai juga menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan untuk campur tangan dengan segera bagi menyediakan bahan api dan generator.

Sumber: BERNAMA