Kekurangan Buruh Minyak Sawit Akibatkan Negara Hilang RM20 Bilion Tahun Lalu

26 Jan 2023 • 12:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebanyak 63,000 pekerja asing tambahan diperlukan di ladang kelapa sawit untuk meningkatkan pengeluaran sektor itu. - Gambar fail AFP

KUALA LUMPUR - Malaysia mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM20 bilion tahun lalu, susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor minyak sawit, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, 63,000 pekerja asing tambahan diperlukan di ladang kelapa sawit untuk meningkatkan pengeluaran sektor itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, Malaysia dan Indonesia tetap dengan pendirian untuk mengadakan perbincangan mengenai sekatan dan halangan perdagangan yang dikenakan Kesatuan Eropah (EU) ke atas produk minyak sawit.

Fadillah berkata demikian pada majlis anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya, hari ini.

Pada tahun lalu, EU bersetuju bahawa enam produk komoditi, termasuk minyak sawit yang ditanam di atas tanah tertakluk kepada penebangan hutan, akan dilarang daripada memasuki pasaran blok perdagangan itu.

Kedua-dua negara Asia Tenggara itu kini adalah pengeluar utama minyak sawit dunia, dengan menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada bekalan global. - The Vibes, 26 Januari 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL