Kekurangan kakitangan punca kelewatan di Lapangan Sydney

Travel
7 Aug 2026 • 5:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kekurangan kakitangan punca kelewatan di Lapangan Sydney

Kekurangan kakitangan sebabkan lebih 95 penerbangan Qantas, Jetstar dan Virgin Australia lewat serta empat dibatalkan di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat.

SYDNEY: Kekurangan kakitangan perkhidmatan penerbangan yang dilaporkan menjadi punca kelewatan penerbangan secara meluas dan beberapa pembatalan di Lapangan Terbang Sydney pada Jumaat, lapor Xinhua.

Qantas memaklumkan bahawa lebih 50 penerbangan domestik dan antarabangsa yang berlepas dari Lapangan Terbang Sydney mengalami kelewatan sehingga 90 minit pada Jumaat, manakala empat penerbangan domestik dibatalkan.

Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah di bawah Kumpulan Qantas, turut melaporkan 25 lagi penerbangan mengalami kelewatan, manakala Virgin Australia memaklumkan 20 penerbangannya terjejas.

Akhbar Sydney, The Daily Telegraph, melaporkan bahawa kelewatan itu berpunca daripada kekurangan kakitangan.

Ketua Pegawai Eksekutif badan industri Airlines for Australia and New Zealand, Stephen Beckett, memberitahu akhbar itu bahawa kelewatan berkenaan memberi kesan besar kepada rangkaian penerbangan negara.

Jurucakap Airservices Australia berkata langkah pengurusan aliran trafik udara telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Sydney susulan kekangan operasi.

“Pengawal trafik udara Airservices amat berbangga dan komited dalam melaksanakan tugas kritikal yang menuntut tahap keselamatan tinggi,” menurut kenyataan itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved