

Kelab Bola Sepak Celtic Bakal Didenda UEFA, “Fans” Tak Endah Larangan Kibar Bendera Palestin
Celtic berkemungkinan dikenakan satu lagi tindakan tatatertib dari UEFA selepas penyokong kelab itu tidak mengendahkan larangan mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan menentang Atletico Madrid awal pagi tadi, lapor Daily Mail.
Sebelum perlawanan bermula, kelab bola sepak Celtic telah mengeluarkan kenyataan merayu kepada penyokong supaya fokus untuk menyokong perjuangan kelab tersebut dalam aksi Liga Juara-Juara berbanding agenda lain.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan Ultras pasukan Celtic iaitu Green Brigade menaikkan sepanduk pro-Palestin pada perlawanan menentang pasukan Kilmarnock dalam aksi Liga Perdana pada 7 Oktober lalu semasa konflik di Timur Tengah tercetus.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sebilangan besar penyokong telah bertindak mengibarkan bendera Palestin selepas Green Brigade berkata bahawa bendera akan diedarkan di luar stadium.
Susulan kejadian itu, juara Scotland tersebut berkemungkinan akan didenda oleh badan induk Eropah buat kali ketiga berhubung kejadian itu.
Pada 2014, UEFA telah mendenda kelab itu sebayak £16,000 (RM92,600) selepas penyokong mengibarkan bendera Palestin semasa perlawanan menentang KR Rejkjavik.

Dua tahun kemudian, Green Brigade sekali lagi telah bertindak mempamerkan bendera itu dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara menentang pasukan daripada Israel yang bernama Hapoel Be’er-Sheva.
Dalam kedua-dua kes itu, UEFA telah mengambil tindakan berdasarkan artikel 16.2.e di mana pasukan yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan denda.
Ia termasuk gerak isyarat, perkataan, objek atau apa-apa cara lain untuk menghantar mesej yang tidak sesuai dalam acara sukan.
Terutamanya mesej yang bersifat politik, ideologi, agama, menyerang atau provokatif.
Kini, Celtic sekali lagi bakal berdepan dengan tindakan denda.
Perkara tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan ketegangan di antara orang atasan kelab dan kumpulan Ultras.
Celtic dilaporkan telah membatalkan tiket Green Brigade untuk hadir ke perlawanan di Hearts pada hujung minggu lalu serta telah menghalang mereka untuk memasuki stadium pada perlawanan awal pagi tadi.


“Celtic Park adalah tempat di mana kita datang untuk sokong kelab kita. Menyedari perkara ini, menghormati beratnya tragedi yang berlaku dan kesannya terhadap komuniti di Scotland dan seluruh dunia, dan selaras dengan kelab lain, liga dan persatuan lain, kami memohon supaya sepanduk, bendera dan simbol yang berkaitan dengan konflik membabitkan negara-negara yang terlibat tidak dipaparkan di Celtic Park untuk ketika ini,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Celtic.
Despite the @UEFA ban on #Palestine flags, Celtic fans are flying dozens of them and singing #BellaCiao and You'll Never Walk Alone at tonight's @ChampionsLeague match against #AtleticoMadrid .#Israel #Hamas #Gaza
pic.twitter.com/EwCcfDJMx1— The News Index (@thenewsindex) October 25, 2023
Celtic fans sing ‘YNWA’ with Palestine flags pic.twitter.com/MJWnt5yWHI
— EPL Bible (@EPLBible) October 25, 2023
Sumber: Daily Mail
The post Kelab Bola Sepak Celtic Bakal Didenda UEFA, “Fans” Tak Endah Larangan Kibar Bendera Palestin appeared first on Siakap Keli.

