
Kelab dari divisyen tujuh Inggeris, Ashton United Football Club (FC) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pasukan itu mengemukakan pendekatan bagi menagih khidmat sementara penyerang Manchester City, Erling Haaland selama tempoh 28 hari.
Maklum kenyataan tersebut, Liga Perdana Inggeris (EPL) kini sedang berehat sementara waktu sehingga akhir Disember ini bagi memberi laluan kepada Piala Dunia yang bakal bermula pada minggu hadapan.
Sementara itu, Haaland dilaporkan tidak akan terlibat dalam kejohanan tersebut ekoran pasukan Norway tidak melepasi kelayakan Piala Dunia Qatar.
𝘾𝙇𝙐𝘽 𝙎𝙏𝘼𝙏𝙈𝙀𝙉𝙏 – 𝙀𝙍𝙇𝙄𝙉𝙂 𝙃𝘼𝘼𝙇𝘼𝙉𝘿#aufc can confirm that an approach has been made for @ManCity striker Erling Haaland.
https://t.co/VvWbpqdd0e#oneclub pic.twitter.com/8tzAq9o2Sy
— Ashton United FC (@AshtonUnitedFC) November 14, 2022
Bekas pemain EPL, Michael Clegg dalam kenyataan itu berkata ia adalah satu tawaran yang munasabah.
“City tidak akan bermain dan kami mahu membantu dengan memastikan Haaland cergas. Ia lebih baik daripada dia bermain golf selama enam minggu.
“Kami fikir dia akan sesuai bersama kami dan akan membuatkan skuad kami menjadi lebih dinamik,” maklum kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, Ashton United dilaporkan masih belum menerima sebarang respon daripada Manchester City.
Erling Haaland memulakan kariernya bersama Manchester City pada musim ini dengan cemerlang apabila menjaringkan 18 gol dalam 14 perlawanan setakat ini.
Sumber: Ashton United
The post Kelab Divisyen Tujuh Inggeris Tagih Khidmat Haaland Secara Pinjaman appeared first on Siakap Keli.
