
PENAMPANG: Kementerian Komunikasi meminta semua kelab media seluruh negara mengumpulkan maklumat berkaitan gaji pengamal media di negeri masing-masing.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu perlu melalui hasil pengumpulan data yang lengkap sebelum ia dijangka dibawa ke fasa perbincangan dalam masa terdekat.
“Tentang isu gaji ini saya akan minta gabungan kelab-kleab media yang ada di setiap negeri mendapatkan maklumat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia bertujuan agar kementerian mendapat gambaran sebenar situasi rakan-rakan media kita ketika ini khususnya mengenai gaji.
“Kita sedar isu gaji ini bukan hanya di Sabah. Oleh itu saya ingin tahu keadaan sama di semua negeri.
“Kementerian juga akan teliti setiap aspek-aspek yang perlu kerana ada media yang bekerja sepenuh masa selain ramai sebagai wartawan sambilan atau ‘stringer’,” katanya ketika diminta mengulas tentang terdapat pengamal-pengamal media di Sabah yang sudah lama berkhidmat namun masih menerima gaji bulanan di bawah RM2,000.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan inisiatif Tabung Kasih@Hawana kepada Jurufotografi Jabatan Penerangan Negeri Sabah Vicky Sylvester Matanjang yang mengalami kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu.
Menabur bakti selama 18 tahun di Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2007 insiden itu menyebabkan enam batang rusuk kiri serta tangan kirinya patah dan kini memerlukan beliau menjalani rawatan fisioterapi secara berterusan.
Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin turut menyampaikan sumbangan kepada wartawan Sabah News Hafizul Andie Zulkarnain, 35, yang baru-baru ini menjalani pembedahan akibat komplikasi usus berpintal dan apendiks pecah.
Sementara itu ditanya sama ada terdapat sebarang peruntukan tambahan bagi Tabung Kasih@Hawana tahun ini Fahmi memaklumkan pihaknya akan menghabiskan terlebih dahulu dana sedia ada daripada dua program Hawana sebelum ini bernilai RM1 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.
“Bagaimanapun saya telah meminta supaya Bernama meneliti mekanisme untuk kita kumpulkan dan raih dana untuk bantu lebih ramai rakan-rakan media selepas ini.
“Tetapi buat masa ini kita perlu menghabiskan dana yang ada terlebih dahulu,” katanya.
Inisiatif Tabung Kasih@Hawana digerakkan Kementerian Komunikasi menerusi Bernama sebagai agensi pelaksana dan tabung yang dilancarkan sempena Hari Wartawan Nasional 2023 merupakan simbol keprihatinan, empati dan penghargaan terhadap peranan media.
Setakat ini seramai 463 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif Tabung Kasih@Hawana.
