Kelab Pencinta Alam Memupuk Kerjasama dan Keharmonian #GreenWav

Environment
29 Apr 2025 • 9:00 AM MYT
Nas
Nas

An engineer who loves to cook

image is not available
Replika Bangunan Menggunakan Bekas Telur: Kredit sumber [Utusan]

Sejak kecil sehingga sekarang, alam menjadi tempat saya mencari ketenangan. Siapa sangka hobi yang suka melihat langit yang terbentang luas, mendengar nyanyian burung yang merdu, dan menikmati kehijauan pepohonan mendorong saya untuk menyertai Kelab Pencinta Alam di Sekolah. Pada saya, ia satu keputusan yang mengubah cara saya melihat dunia.

Setiap minggu, kami ahli kelab akan berkumpul, bukan sekadar untuk menjalankan aktiviti, tetapi untuk menyelami makna sebenar mencintai alam. Banyak aktiviti yang kami lakukan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menanam pokok di sekitar sekolah sehinggalah kami beraktiviti di hutan sambil mempelajari biodiversiti tempatan. Salah satu aktiviti kegemaran saya adalah mencipta sesuatu daripada bahan kitar semula!

Aktiviti ini sangat bagus dalam menjana idea inovasi di samping memumuk kerjasama secara kumpulan. Kami juga dapat menyelamatkan barangan terpakai dan kitar semula seperti botol plastik, kotak dan sebagainya.

Yang paling bermakna pada saya kami dapat mencipta rekaan Bangunan Parliment dengan menggunakan barang kitar semula. Dalam kumpulan kami, kerjasama sangat erat kerana kami mempunya satu misi yang sama iaitu semangat cintakan alam sekitar! Walaupun berbeza latar belakang, jantina serta umur semangat kami tidak pernah luntur.

Melalui Kelab Pencinta Alam, kami secara tidak langsung dapat belajar menjadi manusia yang bertanggungjawab, prihatin dan berjiwa besar. Alam memberi kita segalanya, dan kini tibalah masa kita membalas jasanya, walau dengan langkah kecil.

Setiap pokok yang kami tanam, setiap sampah yang kami pungut, adalah harapan supaya generasi akan datang masih dapat menikmati keindahan yang kita warisi hari ini.

Kelab ini bukan sekadar kelab. ia adalah rumah yang harus kita jaga bersama. Adakah di sekolah sekarang mempunyai kelab alam sekitar? Jika ya saya sangat sarankan kalian untuk menyertainya. Banyak faedah yang dapat kita kutip untuk membentuk jati diri dan keperibadian kita.

Jom kita sertai Kelab Pencinta Alam di sekolah. Boleh juga kita sertai mana-mana kelas NGO pencinta alam. Tidak rugi kita jadikan alam sahabat baik kita. Jaga alam untuk generasi akan datang.


Image from: Kelab Pencinta Alam Memupuk Kerjasama dan Keharmonian #GreenWav

Kongsikan tip mesra alam, kisah kelestarian, dan pandangan hijau anda untuk peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,500! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai


Nas adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.