Kelab Usahawan Francais pupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar

18 Aug 2022 • 10:23 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Bagi mewujudkan lebih ramai bakal usahawan francais khususnya golongan usahawan muda, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Lumpur dengan mewujudkan Kelab Usahawan Francais (KUF) dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat dan Lima.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mazlan Ibrahim berkata, KUF ditubuhkan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan memberi pendedahan awal dan meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep perniagaan khususnya bidang francais.

Menurutnya, pelajar yang menjadi ahli KUF akan diberi pendedahan tentang keusahawanan dalam bidang francais yang merangkumi beberapa maklumat.

“Antaranya adalah maklumat mengenai konsep dan kelebihan perniagaan francais berbanding konsep perniagaan yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di SMK Seri Pantai, baru-baru ini.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Pantai, Hasni Hassan dan Ketua Jualan Runcit & Operasi, Focus Point, Chee Kok Hua.

image is not available

Pada majlis itu, Pernas juga membawa dua jenama besar francais iaitu Focus Point dan Marrybrown sebagai rakan strategik.

Focus Point menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma kepada 200 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 40 ahli KUF.

Malah, Focus Point dan Pernas turut menaja sebanyak 100 cermin mata percuma kepada kumpulan pelajar yang memerlukan cermin mata.

image is not available

image is not available

Marrybrown pula menyumbang makan tengah hari kepada pelajar di mana inisiatif kedua-dua jenama ini merupakan salah satu inisiatif CSR syarikat kepada masyarakat.

Sementara itu, selari dengan penubuhan KUF, satu sudut informasi telah diwujudkan di pusat sumber sekolah bagi memberi pendedahan awal mengenai industri francais.

image is not available

Dalam pada itu, Mazlan turut berkongsi aktiviti yang dilaksanakan KUF yang melibatkan tiga fasa iaitu:

  1. Fasa pengenalan
    Pendedahan mengenai sistem keusahawanan francais secara umum meliputi seminar keusahawanan francais, pendedahan kepada Program Business In Transformation (BIT) dan peluang kerjaya bersama Focus Point di mana telah dilaksanakan baru-baru ini.
  2. Fasa eksplorasi
    Lawatan ke Menara Pernas untuk mengetahui mengenai sistem pengoperasian dan perkongsian ilmu bersama jenama francais dan para-francais dalam bidang F&B iaitu GJC dan 1901
  3. Fasa penutup
    Fasa yang memfokuskan pelajar lepasan SPM seramai 200 orang dengan pendedahan mengenai peluang kerjaya dengan jenama francais seperti Focus Point dan KOMUGI.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

View Original Article