‘Kelah emas’ antara ikan air tawar terbesar Asia

Environment
6 Aug 2026 • 11:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kelah emas’ antara ikan air tawar terbesar Asia

Golden mahseer hanya ditemui di sungai yang mengalir dari selatan banjaran Himalaya, khususnya lembangan Sungai Indus, Ganges dan Brahmaputra meliputi negara Nepal, India, Bhutan serta Pakistan.

Sungai Seti dan Sungai Karnali di Nepal dalam ekspedisi epik kami merupakan salah satu cawangan sistem Sungai Ganges. Golden mahseer juga dilaporkan wujud di

Sungai Salween yang merupakan sempadan antara Thailand dan Myanmar.

Profil ikan ini dengan kepala yang kelihatan besar dan badan panjang sesuai untuk meredah arus deras di sungai-sungai pergunungan Himalaya.

Sisiknya yang jelas berkilau keemasan menyebabkan ia dipanggil ‘kelah emas’. Selain itu, garisan lateralnya yang sedikit gelap juga merupakan antara profil yang jelas.

Ketika trip kami tempoh hari, ikan ini paling banyak kami dapat goda menggunakan gewang sesudu (spoon) yang berat, menunjukan ia juga merupakan ikan pemangsa dengan menjadikan ikan-ikan kecil sebagai dietnya.

Rekod sejarah mencatatkan spesimen sepanjang 2.74 meter (9 kaki) dan berat 54 kilogram (kg) (119 paun) pernah ditangkap di India pada tahun 1930-an.

Image from: ‘Kelah emas’ antara ikan air tawar terbesar Asia
Menggunakan bot getah meredah jeram berarus deras merupakan pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ketika memburu golden mahseer.

Rekod golden mahseer dalam catatan IGFA (International Game Fishing Association) adalah 29.9kg (66 paun) di Sungai Mahakali, India pada tahun 2017.

Namun disebabkan lampau tuai dan kehilangan habitat, terutama projek pembinaan empangan hidroelektrik, saiz sebesar 30kg pun sudah sangat sukar ditemui lagi pada hari ini.

Golden mahseer di tanah asing
Sedang kita tahu golden mahseer hanya wujud di lembangan sungai yang mengalir dari banjaran Himalaya, terdapat suatu laporan mengejutkan tentang kewujudan spesies sama di kepulauan Papua New Guinea (PNG).

Tetapi hakikatnya, ia bukanlah ikan semula jadi di PNG.

Sekitar tahun 1995 hingga 1997 melalui projek Food and Agriculture Organization (FAO) dan kerajaan PNG, golden mahseer juvenil telah dibekalkan daripada pusat penetasan di India untuk dibawa masuk ke PNG bagi tujuan pelepasan ke dalam Empangan Yonki.

Pengenalan ikan ini adalah sebahagian daripada projek FISHAID bertujuan memperkayakan spesies ikan dalam empangan itu bagi keterjaminan makanan buat komuniti tempatan serta game fishing.

Bagaimanapun, ia telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pencinta alam sekitar kerana ada golden mahseer yang terlepas turun ke sistem Sungai Sepik, dan dibimbangi kehadirannya akan mengancam spesies ikan asli dan endemik di PNG.

The post ‘Kelah emas’ antara ikan air tawar terbesar Asia appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved