
Nurel, Gadis Sarawak yang Berjaya Menjadi Dewi Remaja 2023 dan Dewi Favourite
Kelahiran Bumi Kenyalang Jadi Juara Dewi Remaja 2023, Ini Biodata Nurel Baharin. Nurelyana Baharin, atau lebih dikenali sebagai Nurel, merupakan pemenang Dewi Remaja edisi 2023, dan juga penerima anugerah ‘Dewi Favourite’ yang dipilih oleh peminat.
Beliau telah dinobatkan sebagai juara baru dalam pertandingan yang menggabungkan Hero dan Dewi dalam satu edisi, iaitu Hero Dewi Remaja.

Biodata Nurel (Dewi Remaja 2023)
- Nama penuh: Nurelyana binti Baharin
- Nama komersial: Nurel
- Usia: 22 tahun (2024)
- Hari lahir: 29 September 2002
- Asal / Tempat kelahiran: Kuching, Sarawak
- Keluarga: Bongsu daripada empat beradik
- Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Persembahan Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana
- Kerjaya: Model
- Instagram (IG): @ellbhrin
- Tiktok: @ellbhrin
Latar Belakang
- Berketurunan Melayu dan beragama Islam.
- Meminati dan terlibat dalam bidang lakonan dan tarian sejak kecil.
- Bermula sebagai penari sejak berumur sembilan tahun, beliau kemudian menyertai kelab teater di sekolah rendah dan menengah.
- Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, dalam jurusan seni teater.
Fakta Menarik
- Merupakan Dewi Remaja yang pertama dari negeri yang dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.
- Mempunyai personaliti yang peramah dan mudah mesra dengan semua orang.


