Kelajuan 4G Malaysia biasa di Asia Tenggara, platform penghantaran barang Tumpang & jam pintar siri Amazfit Bip 3|SBM #72

21 Jun 2022 • 3:55 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Antara berita yang diketengahkan dalam episod ini ialah, keistimewa platform penghantaran barang Tumpang, AirAsia X sediakan penerbangan ke Jepun dan Hawaii, Internet Malaysia ketinggalan di Asia Tenggara serta banyak lagi berita lain yang dikongsikan.

1. Tambang percuma sehingga 15 Julai 2022 untuk MRT, LRT, BRT, Monorail, dan Rapid KL

Bersempena dengan pembukaan Fasa 1 Laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah umumkan yang semua pengangkutan awam dikendalikan oleh Prasarana akan beri servis percuma selama sebulan bermula 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.

Berita lanjut di bawah:

image is not available

2. Macam muflis di Malaysia, AirAsia intai bursa A.S untuk disenaraikan

Capital A, syarikat milik Tony Fernandes rancang untuk tembusi bursa saham New York. Mereka kini sedang jalankan proses-proses penyediaan dokumen dan dijangka disenaraikan dalam bursa saham di sana seawal 2023.

Berita penuh di sini.

image is not available

3. Amazfit Bip 3 & Bip 3 Pro dilancar lebih besar dan tahan lebih lama

Amazfit lancarkan jam pintar mampu milik, siri Amazfit Bip 3. Dua model diperkenalkan iaitu Amazfit Bip 3 dan Amazfit Bip 3 Pro. Dari luar, kedua-dua model nampak serupa. Kelebihan versi Pro adalah GPS terbina di dalamnya. Selain itu, pilihan warna juga sedikit berbeza. 

Spesifikasi lanjut di sini.

image is not available

4. Hantar barang 70% lebih murah dengan Tumpang, apa istimewanya berbanding pesaing?

Tumpang ialah platform penghantaran barangan pukal. Ia boleh hantarkan barang anda ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Tumpang nyatakan yang perkhidmatan mereka adalah termurah di pasaran dengan kos sehingga 70% lebih rendah.

Berita penuh di sini.

image is not available

5. AirAsia X akan terbang ke London, Dubai dan Istanbul, mula jual tiket ke Jepun dan Hawaii dari RM499

AirAsia X umumkan laluan penerbangan baru mereka iaitu ke Jepun dan Hawaii. Mereka juga umum penerbangan baru ke tiga lokasi tidak lama lagi iaitu London, Dubai dan Istanbul. Anda boleh mula membeli tiket penerbangan AirAsia X dari serendah RM499 sehala, untuk tempahan dari sekarang sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available

6. Realme GT Neo 3, Buds Air 3 Blue & Buds Q2s: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme telah lancarkan telefon pintar dan fon telinga TWS baru. Terdapat tiga produk yang diumumkan iaitu telefon pintar Realme GT Neo 3, bersama fon telinga TWS Realme Buds Air 3 Nitro Blue dan Realme Buds Q2s.

Spesifikasi dan harga di sini.

image is not available

7. Malaysia masih ketinggalan dalam kelajuan internet mudah alih di Asia Tenggara

Ookla telah keluarkan laporan mengenai prestasi talian mudah alih di Malaysia untuk suku pertama 2022. Ookla dapati kelajuan 4G di Malaysia agak biasa di Asia Tenggara.

Berita penuh di sini.

image is not available