Kelak Anda Perlu Daftar Dron Di Malaysia, Dan Mohon Kebenaran Sebelum Lakukan Penerbangan

TechnologyDigital
3 Jun 2024 • 10:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemilik dan pengguna dron, tidak kira secara komersil atau sebagai hobi, kelak akan perlu melakukan pendaftaran dengan pihak CAAM sebelum dapat menggunakannya. Ia dimaklumkan yang mana peraturan berkenaan telah pun sedia diperkenalkan, tetapi tidak dikuat-kuasakan sepenuhnya buat masa ini.

image is not available

Kelak pada tahun ini, CAAM akan memperkenalkan UAS TM (Unmanned Aircraft System Traffic Management), dan pemilik serta pengguna dron akan perlu melakukan pendaftaran dibawahnya – termasuk pendaftaran ketika melakukan pembelian sesuatu dron. UAS TM ini dijangka diperkenalkan pada suku ketiga 2024 ini.

Selain pendaftaran, pengguna dron juga akan perlu memohon kebenaran sebelum menerbangkan dron milik mereka. Sebuah aplikasi mudah-alih akan diperkenalkan untuk tujuan berkenaan, dan kebenaran akan diberikan serta-merta melalui aplikasi tersebut sekiranya ia mematuhi lokasi dan sebagainya untuk penerbangan dron berkenaan.

Langkah ini diambil dalam menguruskan ruang udara negara dengan lebih efektif.

View Original Article