Kelak Apple Watch Boleh Ditambat Pada Lebih Daripada Satu Peranti

TechnologyDigital
28 Apr 2023 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Satu perkara yang agak menyusahkan apabila membeli jam tangan pintar ialah ia hanya boleh ditambat kepada satu peranti sahaja. Apple Watch yang merupakan jam tangan pintar paling dominan di pasaran sekarang juga hanya membenarkan satu Apple Watch dipadankan kepada satu iPhone pada satu-satu masa.

image is not available

Tetapi kini mula kedengaran ura-ura kelak Apple akan membenarkan Apple Watch ditambat kepada lebih daripada satu peranti. Ciapan daripada @analyst941 berkata Apple akan membenarkan Apple Watch ditambat kepada peranti iOS, iPadOS dan macOS secara serentak. Beliau meramalkan ciri ini akan diperkenalkan seawal tahun ini.

Dengan ciri ini tiada lagi keperluan menetapkan semula Apple Watch semata-mata untuk di ditambah kepada sebuah iPhone baharu. Sebelum ini analyst941 meramalkan penggunaan Dynamic Island. Maka beliau mempunyai rekod meramalkan ciri baharu sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Sebagai pengguna ekosistem Google, kami ingin ciri ini juga disokong pada Wear OS kerana agak menyusahkan jam tangan pintar perlu ditetapkan semula setiap kali kami mengulas telefon Android baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved