Kelak Chromebook Boleh Digunakan Sebagai Hotspot Data Mudah Alih

TechnologyDigital
26 Jul 2022 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti komputer riba Chromebook kebelakangan ini hadir dengan sokongan untuk teknologi data mudah-alih seperti LTE dan juga 5G dimana anda boleh memuatkan kad SIM didalam komputer riba ini untuk menyambungkan komputer riba tersebut ke rangkaian internet.

Terkini, laporan 9To5Google mengatakan bahawa pihak Google, khususnya pembangun sistem operasi ChromeOS sedang membangunkan sebuah kemaskini perisian yang membolehkan pengguna untuk berkongsi sambungan internet peranti Chromebook mereka kepada peranti-peranti lain melalui sambungan WiFi.

image is not available

Secara ringkasnya ini adalah perkongsian data mudah-alih terbalik kerana secara lazimnya peranti pintar yang akan digunakan sebagai medium perkongsian internet sebelum ini. Google mengatakan bahawa apabila ciri ini bersedia untuk diuji, ia boleh diakses dan diaktifkan melalui pelayar web Chrome terbina dengan chrome://flags.

Ini dilihat sebagai satu cara baik untuk berkongsi sambungan internet dengan lebih banyak peranti kerana komputer riba ChromeBook dilihat hadir dengan jumlah bateri yang sangat besar. Fungsi perkongsian internet ini nampaknya akan diperkenalkan untuk ujian terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara lebih meluas.