Kelantan berisiko rasuah di sempadan, SPRM bekerjasama dengan AKPS

LocalPolitics
22 Jan 2026 • 2:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SPRM ketuai Azam Baki dedahkan risiko rasuah di sempadan Kelantan-Thailand, utamakan kerjasama dengan AKPS untuk kawal penyeludupan

KOTA BHARU: Kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand mendedahkannya kepada risiko aktiviti rasuah dalam penguatkuasaan, terutamanya melibatkan penyeludupan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bagi menangani isu itu, pihaknya telah memulakan kerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

“Di Kelantan terutamanya di Rantau Panjang di Pasir Mas dan Bukit Bunga, Tanah Merah, kita dapati lebih kepada isu sempadan,” katanya.

Beliau menyatakan banyak isu penguatkuasaan melibatkan ketirisan berlaku seperti kutipan cukai bagi barangan seludup, barang pertanian dan barang subsidi.

“Sekarang kita bekerjasama dengan AKPS untuk memantau perkara ini,” ujarnya semasa bersiaran langsung dalam Program Bual Bicara RTM Kelantan.

Azam Baki memberi amaran jika tidak dipantau dengan serius, ia boleh mengundang jenayah lain seperti perdagangan manusia dan dadah.