Kelantan bubar DUN 22 Jun ini

LocalPolitics
14 Jun 2023 • 12:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.

KOTA BHARU - Kelantan mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 22 Jun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas penggal DUN akan berakhir pada 27 Jun ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim pada Rabu.

Ahmad berkata, tarikh tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selepas menghadap baginda.

"Mengikut undang-undang penggal DUN Kelantan yang ke-14 berakhir pada 27 Jun ini," katanya.