Kelantan kenal pasti 15 PPK mangsa banjir

20 Mar 2023 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mumtaz Md Nawi

KOTA BHARU - Kelantan mengenal pasti 15 lokasi di negeri itu yang sesuai dijadikan pusat pemindahan kekal (PPK) untuk menempatkan mangsa banjir di jajahan-jajahan yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.

"Dua belas lokasi yang membabitkan tanah kerajaan negeri ialah Kompleks Kebajikan Madinah As Salam, Tunjong dan Kampung Ketereh di Kota Bharu, Kampung Pengkalan Nangka (Tumpat), Kampung Kelapa Wangi (Pasir Mas), Pulai Chondong (Machang), Jedok, Kampung Bendang Besar dan Ulu Kusial, Kampung Sokor (Tanah Merah).

"Selain itu turut terlibat ialah Kampung Pahi dan Kemubu (Kuala Krai), Tapak Pasar Tani Kampung Ayer Lanas (Jeli) serta Kampung Ketil dan Kampung Limau Kasturi, Bertam (Gua Musang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim pada Isnin.

Mumtaz berkata, tiga lokasi yang perlu dibuat semula pengambilan tanah adalah di jajahan Pasir Puteh iaitu Padang Pak Amat, Cherang Ruku dan Changgai.

"Satu lawatan telah diadakan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk cadangan asas bagi membina tiga dahulu PPK adalah Kompleks Kebajikan Madinah As Salam di Kota Bharu, Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat dan Kampung Kelapa Wangi, Pasir Mas," katanya.

Pada 5 Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lapan buah dewan akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal bagi menempatkan mangsa banjir, sedang dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan PPS.

Beliau berkata, pembinaan kemudahan yang menggunakan peruntukan sedia ada NADMA itu, bagi memastikan mangsa yang dipindahkan ke PPS dapat menggunakan kemudahan yang lebih selesa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved