Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 4:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta
Dr Izani

RANTAU PANJANG - Kerajaan Kelantan tidak mahu pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) terus tertangguh walaupun Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM250 juta melalui Belanjawan 2027.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, jika menunggu peruntukan, pihaknya bimbang pelaksanaannya turut tertunda.

"Hal ini kerana ia perlu melalui proses perbahasan dan kelulusan di Parlimen.

"Jadi saya berharap cadangan berkenaan mendapat pertimbangan sewajarnya," katanya ketika ditemui semasa meninjau perkembangan terkini PLSB berhampiran Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Kalai, di sini pada Isnin.

Hadir sama Pengarah JPS Kelantan, Datuk Siti Fairus Zakaria.

Menurut beliau, proses itu akan diteruskan melalui kaedah bina, kendali dan serah (BOT).

Katanya, proses pemilihan kontraktor bagi projek berkenaan sudah dilaksanakan dan kerajaan negeri menyasarkan pelantikan itu akan dibuat tahun ini.

"Jika proses penganugerahan projek dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut, kontraktor boleh menguruskan kelulusan perancangan sebelum memulakan kerja pembinaan pada 2027," katanya.

Dr Izani memberitahu, kerajaan negeri mahu meneruskan proses yang ada dan berharap projek ini dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti cadangan pembangunan yang dikemukakan sebelum keputusan mengenai pelaksanaan projek dibuat.

"Kos pembinaan bangunan stesen sahaja dianggarkan antara RM50 juta hingga RM70 juta, manakala komponen pembangunan lain perlu diteliti berdasarkan cadangan kontraktor dan potensi pulangan pelaburan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved