Kelantan tangguh sidang DUN

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 4:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kelantan tangguh sidang DUN
Mohd Amar

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersetuju untuk menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada Isnin kepada 11 hingga 13 Ogos ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Speaker DUN Datuk Mohd Amar Abdullah ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut beliau penangguhan itu dibuat atas permintaan kerajaan negeri.

"Sidang DUN ditunda kepada 11 hingga 13 Ogos. Pihak kerajaan minta supaya ditangguh untuk memuktamadkan EKJS (Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019)," katanya.

Sebelum ini, Sidang DUN Kelantan sepatutnya berlangsung pada Isnin hingga Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved