Kelantan Terajui Revolusi, Negeri Pertama di Pantai Timur Guna Bas Elektrik

LocalEnvironment
16 Apr 2025 • 7:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kelantan sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang mengetuai revolusi pengangkutan awam hijau menerusi pelancaran perkhidmatan bas henti-henti berasaskan tenaga elektrik yang akan bermula Julai ini.

Pengerusi Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail berkata, sebanyak lapan unit bas elektrik bernilai RM11.2 juta akan digunakan untuk perkhidmatan tersebut yang dijenamakan sebagai Bas.My Kota Bharu.

“Kelantan menjadi lokasi pertama yang menawarkan perkhidmatan bas elektrik di Pantai Timur,” katanya.

image is not available

Kredit Foto: Kamarul Bismi Kamaruzaman

Menurut beliau, perkhidmatan itu akan memulakan operasi di empat laluan utama bermula dari pusat bandar Kota Bharu.

“Ia melibatkan laluan Kota Bharu–Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra–Sabak, Kota Bharu–Panchor–Kemumin–Sabak, Kota Bharu–Pengkalan Chepa dan Kota Bharu–Pantai Cahaya Bulan,” katanya lagi.

Kelantan Negeri Pertama di Pantai Timur Guna Bas Elektrik

Beliau turut memaklumkan bahawa tambang bagi perkhidmatan ini adalah sama seperti kadar sedia ada yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Katanya lagi, sistem bayaran juga dilaksanakan secara tanpa tunai sepenuhnya bagi memudahkan urusan penumpang.

Tambah beliau, inisiatif ini turut menawarkan manfaat kepada golongan tertentu, termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, dengan kemudahan tambang percuma seumur hidup.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pendaftaran sebanyak RM10 perlu dibuat sekali sahaja dengan pihak E-Mutiara.

“Bagi pelajar sekolah mereka hanya perlu memakai segaram dan perkhidmatan percuma itu untuk hari persekolahan sahaja.
“Pelajar IPT pula perlu menunjukkan kad matrik sebagai bukti semasa menaiki bas,” katanya.

image is not available

Sementara itu, OKU dan warga emas hanya perlu menunjukkan MyKad kepada pemandu bas sebagai pengesahan.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Ayman Ghaffa)