
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad, 13 Ogos sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan, malam semalam. -Bernama


![PRN: Warga Emas Dakwa Suami OKU Jadi ‘Mangsa’, Petugas SPR Pangkah Undi Tidak Seperti Yang Dikehendaki [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)