Kelantan umum bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam

23 Nov 2023 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Kelantan pada Khamis mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM2,000 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bayaran itu akan dibuat pada Febuari tahun hadapan.

"Selain itu, pegawai-pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fardu ain serta guru jahitan mudarribah akan dibayar dengan kadar bersesuaian," katanya.

Beliau berkat demikian ketika membentangkan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024 di sini pada Khamis.

Menurut beliau, bayaran itu bagi menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berintegriti untuk membangunkan negeri ini.

Ujarnya, kesemua bayaran itu melibatkan perbelanjaan berjumlah RM18 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved