Kelantan Usul Cadangan Bina Tembok Di Sempadan Malaysia-Thailand, Elak Jenayah Penyeludupan

LocalPolitics
6 Nov 2024 • 10:48 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Kelantan bakal mengusulkan rancangan pembinaan tembok sepanjang 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand kepada Kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pembinaan tembok di sepanjang Sungai Golok bagi membendung masalah penyeludupan serta aktiviti menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram serta mengatasi masalah banjir.

image is not available

Foto: Astro Awani

“Walaupun pihak berkuasa menjalankan kawalan ketat di sempadan, kewujudan banyak pangkalan haram menyukarkan usaha penguatkuasaan,” katanya di Kota Bharu pada Selasa.

Menurut beliau, pihak keselamatan yang menjaga sepanjang Sungai Golok tidak mampu untuk mengawal sepenuhnya disebabkan jarak dan bentuk muka bumi.

“Oleh demikian pembinaan tembok itu dilihat lebih relevan.

“Selain itu tembok tersebut berperanan sebagai tebatan banjir selain menyekat aktiviti rentas sempadan,” ujarnya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Beliau juga berkata, pemilikan tanah individu di kawasan berdekatan sempadan menambah kesukaran dalam mengekang aktiviti penyeludupan.

“Kalau sudah masuk menggunakan pangkalan haram, sukar dan payah untuk dikawal. Kebanyakan benda yang tidak baik itu adalah melalui pangkalan haram.

“Dalam hal ini pihak berkuasa sudah terlalu ketat menjaga sempadan, tinggal lagi apa yang berlaku. Saya rasa selepas pada ini pihak berkuasa akan ketatkan lagi,” jelasnya.

Tambahan pula, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mencadangkan pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand untuk menangani jenayah rentas sempadan.

image is not available

Foto: Berita Harian

Sebelum ini, polis mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand di sini menjadi ‘pusat hiburan’ kepada rakyat Kelantan terutama anak muda pada hujung minggu.

Mereka hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram yang ada untuk berhibur di sana, selain dipercayai menikmati ‘sajian’ dadah ditawarkan di pusat-pusat hiburan.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved