Kelayakan Piala Asia B-17: Misi wajib menang Harimau Muda di Cheras

LocalFootball
18 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kelayakan Piala Asia B-17: Misi wajib menang Harimau Muda di Cheras

Skuad B-16 negara meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-17 selepas berpesta gol membelasah Guam 10-0 malam tadi.

Kemenangan bergaya yang diraih pada Selasa menyaksikan Malaysia kekal dalam saingan perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17, dengan nasib Harimau Muda bakal ditentukan pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang India pada Jumaat ini.

Bagi ketua jurulatih negara, Shukor Adan, tiada istilah selesa buat pasukannya meskipun menang besar ke atas Guam tatkala masih ada misi yang perlu dilunaskan.

Bekas kapten Harimau Malaya itu turut menggesa peminat bola sepak tanah air agar dapat memenuhi setiap ruang Stadium Bola Sepak kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat bagi memberikan sokongan padu buat pasukannya yang berdepan misi wajib menang ke atas India.

Untuk rekod, sebanyak tujuh pasukan juara setiap kumpulan akan menempah slot ke Piala Asia B-17 pada Mei depan, bersama Sembilan pasukan yang telah layak secara automatik termasuk Qatar, Jepun, China, Korea Selatan dan Vietnam.

"Aksi malam ini sudah jadi sejarah, paling penting aksi Jumaat ini. Pemain sudah berazam selepas tewas kepada Palestin, mereka akan berjuang habis-habisan demi maruah kami.

"Tiada rehat untuk pemain, kami akan fokus berdepan India nanti. Saya mewakili pemain berharap penyokong beri sokongan, kami yakin masih berpeluang layak.

"Hadir ke stadium untuk beri pemain motivasi." katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved