Kelayakan Piala Asia B-23: Luqman Hakim, Nooa Laine perkuat Harimau Muda

28 Aug 2023 • 11:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Dua pemain berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine, berada dalam senarai awal skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, bulan depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Luqman Hakim dan Nooa yang memiliki pengalaman beraksi bersama skuad senior negara, antara 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan, bermula Rabu ini.

Dalam senarai pemain yang dipanggil, Elavarasan mengekalkan 14 pemain yang beraksi pada Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 baru-baru ini, antaranya penjaring terbanyak kejohanan Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar, M. Rakesh dan Mohamad Saiful Jamaluddin.

Melengkapkan skuad, Elavarasan turut menyenaraikan sembilan pemain skuad Sukan SEA 2023 yang tidak beraksi pada Kejohanan B-23 AFF, antaranya Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Azam Azmi Murad, T. Saravanan dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Sembilan pemain tersebut kebanyakannya merupakan pemain utama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super.

Sementara itu, 15 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Hanya 23 pemain akan menggalas cabaran skuad B-23 kebangsaan yang dijadual berlepas ke Thailand pada 4 Sept ini untuk menghadapi kejohanan yang berlangsung dari 6 hingga 12 Sept.

Pada kempen kelayakan itu, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan H akan memulakan saingan menentang Bangladesh pada 6 Sept, diikuti aksi bertemu Filipina (9 Sept) sebelum berdepan pasukan tuan rumah pada aksi terakhir yang dijadual pada 12 Sept.

Kesemua juara kumpulan bersama empat naib juara kumpulan terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Berikut adalah senarai 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan bermula Rabu ini:

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi Selangor FC
Harith Haiqal Adam Afkar Selangor FC
Ahmad Zikri Mohd Khalili Selangor FC
V.Ruventhiran Selangor FC
Muhammad Syahir Bashah Selangor FC
Muhammad Aliff Izwan Yuslan Selangor FC
Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal Johor Darul Ta’zim II
Fergus Tierney Johor Darul Ta’zim II
Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan Johor Darul Ta’zim II
Muhammad Rahadiazli Rahalim Terengganu FC
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili Terengganu FC
Muhammad Azam Azmi Murad Terengganu FC
Safwan Mazlan Terengganu FC
Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin Kuala Lumpur City FC
T.Saravanan Kuala Lumpur City FC
Muhammad Haqimi Azim Rosli Kuala Lumpur City FC
Mohd Aiman Afif Md Afizul Kedah Darul Aman FC
Muhammad Hariz Mansor Kedah Darul Aman FC
Muhammad Azrin Afiq Rusmini Kedah Darul Aman FC
M.Rakesh Kelantan FC
Mohamad Saiful Jamaluddin Sri Pahang FC
Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar Penang FC
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman Negeri Sembilan FC
Luqman Hakim Shamsudin Njardvik FC
Nooa Hamzah Laine SJK Seinajoki FC

 

— BERNAMA