Kelayakan Piala Asia: Tujuh Pemain Jadi Bahan 'troll' Penyokong Vietnam

Football
1 Apr 2026 • 11:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kelayakan Piala Asia: Tujuh Pemain Jadi Bahan 'troll' Penyokong Vietnam

Baru-baru ini satu kain rentang yang dipaparkan oleh penyokong Vietnam mencuri perhatian ramai yang memaparkan karikatur tujuh pemain naturalisasi negara yang kini digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), lapor Stadium Astro.

Kain rentang yang itu dipercayai dinaikkan ketika Harimau Malaya menentang Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia di Ninh Binh malam tadi.

"Kami pelancong, bukan harimau"

Kain rentang berkenaan menunjukkan lakaran tujuh pemain itu dengan ekspresi sedih berserta tulisan "Kami pelancong, bukan harimau"

Dalam perlawanan semalam, Malaysia tewas 1-3 dalam kepada tuan rumah.

Tujuh pemain berkenaan, iaitu Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, diturunkan Harimau Malaya ketika membelasah Vietnam 4-0 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jun lalu.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka didapati bersalah kerana terlibat dalam skandal pemalsuan dokumen untuk digantung 12 bulan sejak September lalu.

Lebih memburukkan, kemenangan berkenaan dibatalkan termasuk kemenangan 2-0 ke atas Nepal sebelumnya.