Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Malaysia Kecundang 0-3 Di Tangan Iran

LocalFootball
7 Aug 2025 • 8:35 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Skuad bola sepak wanita bawah 20 tahun (B-20) negara memulakan saingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dengan kekalahan 0-3 kepada Iran di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam ini.

Iran mendahului seawal minit ke-13 menerusi penyerang Maryam Dini yang turut menggandakan jaringan pada minit ke-28. Gol ketiga pasukan pelawat disumbangkan pemain gantian Asal Ghajarian di penghujung perlawanan.

Ketua jurulatih Malaysia, Cameron Ng, mengakui kecewa dengan keputusan tersebut walaupun pemainnya kekal berpegang pada pelan permainan yang ditetapkan.

“Beberapa kesilapan individu telah menghukum kami. Saya benci kalah, jadi keputusan ini sukar diterima,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga kumpulan, manakala Iran berkongsi tiga mata bersama pendahulu Jepun tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Dalam aksi terdahulu petang tadi, Jepun membelasah Guam 5-0. Malaysia akan menentang Jepun pada Jumaat sebelum menutup kempen menentang Guam, Ahad ini.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved