
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia Tewaskan Tajikistan 1-0
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Tajikistan, menerusi aksi kedua Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 pada awal pagi tadi.
Menurut laporan Stadium Astro, mereka berjaya menjaringkan gol pada penghujung permainan selepas tidak berhasil pada separuh masa pertama.
Jaringan itu terhasil selepas bola yang dihantar Intan ditanduk kemas oleh Henrietta Justine.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Central, Dushanbe itu menyaksikan ia memihak Malaysia dengan 1-0.
Terdahulu, skuad negara juga telah menewaskan Palestin dalam aksi pertama kumpulan H.
Malaysia kini berada di tangga kedua kumpulan dengan 6 mata manakala Korea di tempat pertama.
Aksi kelayakan itu dijadualkan berlangsung dari 23 Jun hingga 5 Julai. Mengikut format pusingan kelayakan, hanya juara kumpulan akan mara pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Australia dari 1 hingga 21 Mac tahun depan.
Malaysia kali terakhir layak ke Piala Asia Wanita pada tahun 1995 ketika menjadi tuan rumah. Pencapaian terbaik skuad negara di kejohanan itu ialah meraih tempat ketiga pada tahun 1983 yang berlangsung di Thailand, lapor Bernama.
Sumber: Stadium Astro
The post Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia Tewaskan Tajikistan 1-0 appeared first on Siakap Keli.


