Kelayakan Zacharia sebagai peguam dipersoal

WorldPolitics
15 Oct 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kelayakan Zacharia sebagai peguam dipersoal

WASHINGTON – Kelayakan Setiausaha Akhbar White House yang baharu, Katie Zacharia dipertikai semalam kerana gagal memberikan jawapan tepat di mana beliau lulus peperiksaan amalan guaman.

Sebuah kumpulan pemantau Amerika Syarikat(AS) memfailkan aduan kepada Badan Guaman  California, memintanya menyiasat sama ada Zacharia telah melanggar undang-undang kerana memperkenalkan dirinya sebagai peguam tanpa lesen guaman.

Menurut kumpulan itu, Zacharia  menggambarkan dia seorang peguam semasa muncul di kaca televisyen dan menyenaraikan dirinya sebagai peguam sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan berpangkalan di California.

“Zacharia memperkenalkan  diri  sebagai peguam berulang kali untuk mengukuhkan reputasi dan kredibilitinya

“Badan Guaman Negeri California perlu menyiasat sama ada Zacharia telah mengelirukan orang ramai tentang kelayakannya,” kata pengarah eksekutif kumpulan pemantau itu, Michelle Kuppersmith.

Trump menggambarkan Zacharia sebagai ‘seorang peguam apabila mengumumkan pelantikan beliau sebagai Setiausaha Akhbar White House Jumaat lalu, namun  wartawan tidak menemui rekod beliau mempunyai lesen untuk mengamalkan undang-undang di mana-mana negeri AS.

“Saya mengamalkan undang-undang transaksi antarabangsa, dengan semua kelayakan yang sesuai,” kata Zacharia dalam satu kenyataan kepada AFP, tanpa menjelaskan sama ada beliau memegang lesen guaman AS.

Apabila ditanya oleh wartawan kelmarin di mana beliau lulus peperiksaan guaman, Zacharia menjawab: “Apabila  saya berpindah ke China.”

Badan Guaman California mengesahkan kepada media AS bahawa pihaknya  tidak mempunyai rekod Zacharia memegang lesen di bawah nama berkahwin atau nama gadisnya.

Zacharia, 41, lulus daripada sekolah undang-undang Universiti Pepperdine  pada 2011  tetapi memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang tidak secara automatik melayakkan seseorang untuk menjadi peguam.

Warga asing tidak boleh menduduki peperiksaan guaman di China, walaupun mereka boleh menjalankan tugas tertentu di firma guaman tempatan.

Zacharia sebelum ini bekerja untuk sebuah firma peguam di Beijing, demikian menurut profil profesionalnya. – AFP 

 

The post Kelayakan Zacharia sebagai peguam dipersoal appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved