Kelebihan Kad Kredit Ketika Melancong Berbanding Debit & Tunai

Personal FinanceTravel
25 Jan 2026 • 10:11 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Rata-rata yang gemar melancong ke luar negara akan mencadangkan penggunaan kad kredit berbanding kad debit dan tunai kerana beberapa kelebihan yang ada pada kad kredit ketika melancong berbanding debit dan tunai.

Penggunaan kad kredit bukan sekadar berkaitan dengan kemudahan tanpa tunai, tetapi ia merupakan satu alat kewangan strategik yang boleh meningkatkan pengalaman pelancongan anda dari segi keselamatan, fleksibiliti, dan nilai. 

Apabila merancang untuk menjelajah ke destinasi tempatan atau antarabangsa, ramai pengguna lebih cenderung menggunakan tunai atau kad debit atas alasan kawalan perbelanjaan.

Namun, dalam landskap pelancongan moden yang sering melibatkan tempahan dalam talian, sewa kenderaan, dan pembelian tiket antarabangsa, kad kredit menawarkan lapisan perlindungan, keistimewaan, dan kemudahan yang tidak dapat ditandingi oleh kaedah pembayaran tradisional. 

1. Perlindungan Keselamatan dan Insurans Perjalanan

image is not available

Salah satu kelebihan kad kredit ketika melancong yang paling ketara ialah lapisan keselamatan dan perlindungan yang disediakan.

Kebanyakan kad kredit utama, terutamanya kad premium atau kad perjalanan, dilengkapi dengan pelbagai jenis insurans perjalanan secara automatik.

Perlindungan ini sering merangkumi insurans kelewatan penerbangan, insurans kehilangan bagasi, dan insurans kemalangan perjalanan.

Bayangkan situasi di mana penerbangan anda ditangguhkan selama beberapa jam, menyebabkan anda terpaksa menanggung kos penginapan tambahan dan makan.

Dengan kad kredit yang sesuai, anda mungkin boleh menuntut semula perbelanjaan ini.

Selain itu, dari segi keselamatan transaksi, jika kad kredit anda hilang atau dicuri, anda boleh dengan segera memblok kad tersebut dan liabiliti anda terhadap transaksi penipuan biasanya adalah terhad atau sifar, berbanding dengan kehilangan wang tunai yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

2. Kemudahan Transaksi Antarabangsa

image is not available

Kelebihan kad kredit ketika melancong juga terserlah dalam kemudahan transaksi antarabangsa.

Kad kredit diterima secara meluas di seluruh dunia, sama ada di hotel, restoran, atau kedai runcit dan hal iii memudahkan pelancong kerana mereka tidak perlu menukar mata wang dalam jumlah besar sebelum berlepas.

Kad debit pula kadangkala menghadapi masalah kerana tidak semua mesin atau terminal menerima transaksi antarabangsa dengan lancar.

Ada juga kes di mana kad debit ditolak kerana sekatan bank atau isu teknikal. Dengan kad kredit, transaksi lebih mudah dilakukan tanpa perlu risau tentang baki akaun semasa kerana ia menggunakan had kredit yang telah ditetapkan.

Baaca lagi: Kad Kredit untuk Kegunaan Luar Negara: Apa Perlu Anda Tahu?

3. Mata Ganjaran dan Keistimewaan Eksklusif

image is not available

Kelebihan kad kredit ketika melancong seterusnya yang amat berharga ialah keupayaan untuk mengumpul mata ganjaran atau rebat tunai untuk setiap perbelanjaan.

Setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk membayar penginapan, penerbangan, makan, atau membeli-belah, anda sebenarnya sedang melabur untuk perjalanan anda yang seterusnya.

Mata yang dikumpul boleh ditebus untuk tiket penerbangan, bilik hotel percuma, naik taraf kabin atau faedah lain.

Sesetengah kad kredit juga menawarkan rebat tunai terus untuk kategori perbelanjaan tertentu seperti perjalanan.

Selain itu, pemegang kad premium sering mendapat akses kepada keistimewaan eksklusif seperti akses percuma ke ruang legar lapangan terbang (airport lounge) dan ini adalah kemudahan yang amat dihargai terutamanya apabila menunggu penerbangan transit atau kelewatan, di mana anda boleh menikmati makanan, minuman, Wi-Fi, dan tempat rehat yang selesa tanpa kos tambahan. 

4. Kadar Pertukaran Mata Wang Asing yang Lebih Baik

image is not available

Apabila melancong ke luar negara, salah satu kelebihan kad kredit ketika melancong yang paling praktikal ialah kadar pertukaran mata wang asing yang lebih kompetitif.

Kebanyakan kad kredit utama menggunakan kadar pertukaran pasaran antarabangsa yang ditetapkan oleh rangkaian pembayaran (seperti Visa atau Mastercard), yang biasanya lebih baik dan telus berbanding kadar yang ditawarkan oleh penukar wang di lapangan terbang atau hotel.

Walaupun mungkin terdapat caj pemprosesan transaksi luar negara (biasanya sekitar 1%), kos keseluruhan masih sering lebih rendah daripada menukar wang tunai fizikal.

Yang lebih penting, menggunakan kad kredit memberikan anda fleksibiliti kewangan yang sangat diperlukan dan ia berfungsi seperti pinjaman jangka pendik tanpa faedah jika anda menyelesaikan baki penuh pada tarikh tamat tempoh.

5. Sokokngan Kecemasan 24/7

image is not available

Selain penerimaan global, penerbit kad kredit utama biasanya menawarkan sokongan pelanggan kecemasan 24/7.

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti kad ditolak, kehilangan dokumen perjalanan, atau memerlukan rujukan kepada perkhidmatan tempatan yang boleh dipercayai, satu panggilan telefon boleh menyelesaikan banyak masalah.

Perkhidmatan ini menyediakan jaringan keselamatan yang berharga apabila anda berada di tempat asing, sesuatu yang tidak ditawarkan oleh wang tunai atau kad debit.

Kad kredit boleh menjadi penyelamat apabila pelancong menghadapi masalah seperti kehilangan dompet tunai atau keperluan mendesak untuk membuat pembayaran besar kerana dengan adanya had kredit, pelancong boleh terus membuat pembayaran tanpa perlu mencari mesin ATM atau menukar mata wang.

Selain itu, kad kredit juga boleh digunakan untuk membuat tempahan segera seperti hotel atau penerbangan tambahan apabila berlaku perubahan rancangan perjalanan.

Tunai dan kad debit tidak memberikan fleksibiliti sebegini, menjadikan kad kredit lebih praktikal dalam keadaan mendesak.