Kelewatan Pembinaan Tidak Jejas Keupayaan LCS - Mohamad

6 Apr 2023 • 12:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

“...Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, syaf juga (kita guna) yang sama.

“Namun kita perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System) , kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik...termasuk juga kita sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin mengetahui sama ada kelewatan pembinaan LCS menjejaskan kemampuan kapal itu dengan penggunaan barangan lama pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini. - Bernama

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved