Kelibat Amy Search Dan Isteri Hadir Ke IPD Shah Alam Jadi Tumpuan

LocalEntertainment
16 Jul 2025 • 11:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian terbaharu oleh isteri kepada penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search, iaitu Datin Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Norish, telah menarik perhatian warganet.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Norish berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dirinya bersama Amy dan tiga individu lain berdiri di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

image is not available

Namun begitu, tujuan sebenar mereka berada di balai polis tersebut tidak dinyatakan dalam kapsyen gambar berkenaan.

Sebelum ini, nama penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu menjadi bualan ramai susulan dakwaan menyerang penyanyi Shila Amzah.

Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang ketika menjalani sesi latihan untuk Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, dipercayai akibat ciapannya di platform X yang menyatakan sokongan terhadap luahan Nabila Huda mengenai isu ibu tiri.

Namun begitu, Shila menjelaskan bahawa dia hanya memberikan sokongan sebagai rakan seindustri dan tidak berniat untuk mencampuri hal peribadi sesiapa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-14 19:30:38

"Aku Dah Lama Cari Kau, Kau Tunggulah Nasib Kau!" - Isteri Amy Search Berpeluk Tubuh & Beri Pandangan 'Tajam' Waktu Shila Amzah Diserang