Kelibat SUV Gah XPeng G02 Mula 'Menghantui' Jalan Raya China

WorldCars
19 Feb 2026 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SUV crossover XPeng G02 (Foto: Autohome via CarNewsChina)

Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, XPeng, dikesan sedang giat menguji model SUV terbarunya yang diberi kod nama G02. Walaupun masih diselubungi pelekat samaran, aura gah SUV ini masih terserlah, mana tidaknya, model ini dikatakan sebagai “Range Rover Sport China”.

Apakah Yang Menarik Dengan Rekaannya?

image is not availableimage is not available

SUV crossover XPeng G02 (Foto: Autohome via CarNewsChina)

XPeng G02 diposisikan sebagai ‘adik’ kepada model andalan atau flagship XPeng GX yang pernah didedahkan sebelum ini. Jika GX adalah versi bersaiz penuh, G02 pula dianggarkan memiliki saiz badan lebih kecil dengan konfigurasi 5 tempat duduk.

image is not available

XPeng GX

Di sebalik corak yang cuba menutup rekaan sebenar model ini, beberapa perincian masih dapat dilihat:

Sudut Depan: Menggunakan rekaan lampu utama di bahagian bawah bampar, mirip model GX.Gaya Aerodinamik: Garis bumbung yang sedikit melandai, pemegang pintu jenis rata pada badan dan spoiler pada bahagian bumbung belakang. Sistem Kamera: Tiada lagi sensor LiDAR di atas bumbung! XPeng nampaknya beralih kepada sistem berasaskan kamera sepenuhnya.image is not available

SUV crossover XPeng G02 (Foto: Autohome via CarNewsChina)

Berapakah Anggaran Harga XPeng G02 ini?

Menurut laporan CarNewsChina, SUV mewah ini dijangka akan dijual pada julat harga antara CNY 300,000 hingga 400,000 atau sekitar RM180,000 hingga RM250,000 di pasaran China.

Persoalannya, adakah XPeng akan membawa masuk model ini ke Malaysia memandangkan jenama ini sudah pun bertapak di sini? Sama-sama kita nantikan.

Juga Menarik: Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing