Kelihatan Lebih Besar Dan Lebih Terang, Jom Saksikan Fenomena ‘Supermoon’ Petang Ini!

13 Jul 2022 • 12:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan selalu kita dapat lihat fenomena yang menarik ini.

Kelihatan Lebih Besar Dan Lebih Terang, Jom Saksikan Fenomena ‘Supermoon’ Petang Ini! Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena supermoon, yang dijangka berlaku pada hari ini, Rabu (13 Julai 2022) pada pukul 5.09 petang.

Menerusi portal rasmi Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), telah mengumumkan fenomena itu akan berlaku berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi, yang disebut sebagai Perigee bagi tahun 2022, dengan jarak 357,263km.

image is not available
Sumber gambar: Bernama

Ketahui apa itu fenomena Supermoon.

Pernahkan anda mendengar fenomena Supermoon? Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi, ia dikenali sebagai ‘Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon’.

Fenomena tersebut dapat dilihat di seluruh negara dengan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar supermoon yang juga dikenali sebagai ‘Strawbery Moon’.

image is not available
Kelihatan Lebih Besar Dan Lebih Terang, Jom Saksikan Fenomena ‘Supermoon’ Petang Ini!

Fenomena supermoon terbaru berlaku pada 14 Jun lalu dan imej tersebut berjaya dirakam oleh sistem Teleskop Balai Cerap Negara Langkawi.

Siap-siap bawak apa yang patut seperti teropong atau teleskop!

Menerusi portal rasmi MYSA juga, semasa ‘Supermoon’, Bulan Penuh dapat dilihat sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

Jadi, siap-siap sediakan teropong atau teleskop untuk mendapatkan lebih tinggi resolusi untuk melihat parit dalam, kawah dan banjaran gunung yang menonjol yang dapat dilihat pada permukaan Bulan.

Dipetik dari Sinar Harian, Fenomena ini juga hanya kelihatan di beberapa tempat di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika dan hanya muncul tiga atau empat kali dalam setahun. Mengikut Kalendar Astronomi Planetarium Negara untuk tahun 2022, tiga supermoon untuk tahun ini muncul pada 14 Jun, 14 Julai dan 12 Ogos.

image is not available
Kelihatan Lebih Besar Dan Lebih Terang, Jom Saksikan Fenomena ‘Supermoon’ Petang Ini! Kredit foto: TheSundaily

Tahukah anda, anda boleh lihat Fenomena ‘Blue Tears’ di 5 lokasi dalam Malaysia sahaja! Baca pautan di bawah: