Kelincahan Sanusi main kabaddi jadi perhatian netizen, ‘semua dia boleh masuk, layan’

6 Jul 2024 • 1:49 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukan sahaja aktif berbasikal tetapi lincah bermain bola sepak.

Namun video terbaru memaparkan Menteri Besar Kedah itu bermain permainan tradisional masyarakat India, kabaddi yang tular di TikTok mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video oleh @Phan.fizs5, Sanusi dilihat lincah dan bertenaga bermain kabaddi bersama komuniti India di Sungai Bakap, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rata-rata netizen memuji kebolehan dan semangat kesukanan dimiliki Sanusi yang tidak kekok bermain permainan tradisional tersebut bersama-sama penduduk setempat.


"Semua dia boleh masuk, layan. Rakyat lebih sayangkan dia. Terbaik MB (Menteri Besar) Kedah kita," kata @TheRockerz.

"Wow pandai MB main game (permainan) tradisional India, aku pun tak tahu peraturan permainan ini macam mana," kata @DinTintedTrivia.

"Walaupun saya bukan orang Kedah tapi saya suka dan hormat dengan Menteri Besar Kedah. Menteri serba boleh dalam semua acara sukaneka, tak kira bangsa," kata @Aishah.

Video yang dimuat naik sejak semalam itu menjadi tular dan mendapat lebih 350,000 tontonan dengan 8,000 tanda suka daripada warga net yang terhibur dengan semangat kesukanan ditunjukkan Sanusi.

image is not available
Kemampuan Sanusi bermain dalam pelbagai jenis sukan mengujakan orang ramai, termasuk mereka yang bukan berasal dari Kedah. - Gambar FB Muhammad Sanusi Md Nor, 6 Julai, 2024

Untuk rekod, kabaddi merupakan sukan tradisional berasal dari India Selatan, dimainkan tujuh hingga 12 orang di dalam gelanggang, ditandakan dalam ruang sisi empat.

Kemudian, setiap pemain perlu mengambil tempat dengan menghantar penyerang ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan.

Ia mengambil masa selama 20 minit untuk setiap pusingan perlawanan. - 6 Julai, 2024

View Original Article