Kelindan lori didakwa tunjuk isyarat lucah kepada anak jiran

10 Jan 2025 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada anak jirannya minggu lalu.Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada anak jirannya minggu lalu.

Tertuduh, V Poopathi, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bagi maksud seksual didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Januari lalu, jam lebih kurang 11.55 malam di sebuah rumah di Gemas, Tampin.

Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(a) (i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017(Akta 792) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Februari untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved