
LAHAD DATU: Seorang kelindan berusia 19 tahun maut manakala pemandu sebuah lori NPR cedera parah apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Segama, di sini pada Jumaat.
Kejadian jam 5.20 pagi itu menyaksikan Muhamad Raziq Ikhwan meninggal dunia akibat kecederaan di tempat kejadian, yang disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).
Difahamkan, lori tangki itu menghala ke Sukau dari Lahad Datu manakala lori NPR itu menuju ke Tawau dari Kota Kinabalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.
“Sejurus tiba, pasukan itu mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori tangki dan lori NPR.
“Pemandu lori NPR cedera parah sementara kelindannya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tangki itu tidak cedera.
“Pasukan EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.
“Pihak kami kemudian menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian sebelum menamatkan operasi pada jam 7.50 pagi,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
