Kelly Azman Pernah Putus Cinta Dengan Pramugari, Luahkan Rasa Dalam 'Dustakan Cinta' 

Music
2 Nov 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kelly Azman kini kembali mempertaruhkan single terbaharu berjudul 'Dustakan Cinta'. - Gambar Kelly Azman

Wartawan, pempengaruh dan penyanyi, Kelly Azman mengakui dirinya pernah putus cinta sewaktu menjalinkan hubungan dengan seorang pramugari. 

Perkara itu didedahkan Kelly Azman sewaktu diwawancara Getaran. 

“Kami putus cinta apabila dia (bekas kekasihnya), mahukan saya bertugas sebagai pramugara. Dia mahu kami memiliki kerjaya yang sama. 

“Tapi, saya tidak lepas kerana mempunyai penyakit rabun mata. Jadi, dia tinggalkan saya dengan mencari lelaki yang lebih kaya dan berkedudukan,” katanya. 

Pengalaman yang dilaluinya itu telah diluahkan Kelly Azman menerusi lagu 'Dustakan Cinta' ciptaannya bersama komposer Mohariz Yaakup, manakala lirik juga ditulisnya bersama MJ dan KR. 

“Sebetulnya pada asalnya lagu 'Dustakan Cinta' itu, Mohariz ciptakan khusus untuk penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

“Tapi, pada waktu yang sama, dia juga kasihankan saya kerana asyik menyanyikan lagu orang lain. Jadi, dia pun memberikan lagu balada ini supaya saya dapat menyanyikannya dalam mana-mana persembahan,” katanya. 

image is not available
Kelly Azman

Jelas Kelly lagi, dia bangga apabila Mohariz memberikan kepercayaan buat dirinya untuk membawakan lagu yang sepatutnya dicipta untuk Siti Nurhaliza. 

“Saya bangga kerana orang melihat saya dari sudut relevan. Sebelum ini, orang hanya pandang rendah. Memang saya bukan jenis penyanyi power vocal. Tapi, alunan vokal saya sedap didengar. 

“Untuk membawakan lagu ini, saya turut mendapat khidmat Cikgu Azreen yang pernah mengajar vokal untuk penyanyi-penyanyi lain,” katanya. 

Kelly Azman juga akui sudah bersedia andai kemunculan single terbaharunya ini mendapat kecaman netizen. 

“Saya tidak dikritik. Bagi saya siapa pun yang memuji atau mengeji, mereka tetap peminat saya. Mereka adalah sumber inspirasi saya. Tiada mereka, tiadalah saya dalam industri ini,” katanya lagi. 

Lagu 'Dustakan Cinta' ini sudah pun boleh didengar di semua platform penstriman muzik digital, manakala muzik videonya akan dilancarkan, esok malam, jam 9 di saluran YouTube, MVM. 

Ini adalah single keempat Kelly selepas lagu 'No No No' serta dua lagu raya berjudul 'Kepulangan Di Hari Raya' dan 'Nikmat Di Hari Raya'. – Getaran, 2 November 2022 

View Original Article