Keluar Dating Kali Pertama, Gadis Trauma Lelaki Cuba ‘Ambil Kesempatan’

7 Aug 2023 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular mengenai seorang gadis mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual semasa dating kali pertama

Keluar Dating Kali Pertama, Gadis Trauma Lelaki Cuba Ambil Kesempatan. Seorang gadis mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang lelaki yang dikenali di aplikasi Bumble. 

Susulan itu, sumber menyatakan bahawa dia dan lelaki tersebut keluar berjanji temu (dating) untuk pertama kali selepas berkenalan di aplikasi berkenaan.

“Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya Bumble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****. Nombornya ialah *****.

image is not available
Sumber: mstar

“Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!” luahnya di media sosial, memetik laporan.

Lebih mengejutkan, lelaki itu cuba merabanya

Bukan itu sahaja, gadis tersebut turut mendakwa bahawa lelaki berkenaan cuba meramas buah dadanya dan cuba memasukkan tangan ke dalam seluarnya berkali-kali untuk merabanya.

“Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat. 

“Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya,” kongsinya lagi tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai lokasi kejadian. 

Namun, pakaian bukan puncanya

Sementara itu, gadis itu menafikan pakaian yang dipakainya ketika itu menjadi faktor kelakuan lelaki itu bertindak sedemikian.

Bahkan, dia seterusnya menyatakan akan mengemukakan laporan polis berhubung kejadian itu.

image is not available
Sumber: twitter

Turut menarik perhatian PDRM

Tindakan gadis itu bukan sahaja menarik perhatian warganet, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi maklum balas di ruangan komen.

“Salam sejahtera. Pohon kerjasama saudari untuk membuat laporan di balai polis berhampiran bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Terima kasih,” tulis akaun @PDRMsia.

Warganet nasihat untuk berhati-hati semasa keluar dating buat kali pertama

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan rasa simpati terhadap gadis berkenaan. 

Dalam pada itu, segelintir turut mencadangkan supaya mana-mana gadis atau wanita berhati-hati sekiranya keluar berjanji temu dan membawa ‘senjata’ sebagai persediaan untuk mengelakkan diri menjadi mangsa gangguan seksual.

Baca juga artikel yang berkaitan: