Keluar Kenyataan Berbaur Rasis, Awesome TV Dituduh Sebar Agenda Perkauman?

Politics
7 Nov 2022 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Stesen Awesome TV baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila Berita 7:57 menggesa pengundi Melayu keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mempelihara kepentingan Bumiputera.

Memetik laporan Harian Metro, klip bersiaran 3 November menunjukkan dua penyampai berita menyatakan pengundi Melayu supaya melunaskan tanggungjawab mengundi bagi menghalang kebangkitan ahli politik bukan Melayu.

Semua pengundi Melayu mesti keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan sivik mereka jika mereka tidak mahu kuasa politik dikuasai oleh kaum lain… jika Pakatan Harapan (PH) menang.”

image is not available

Sumber : malaymail 

Dalam pada itu, penyampai berita tersebut menerangkan hak Melayu mungkin akan dipinggirkan jika ahli politik yang tidak sepatutnya memegang kuasa.

Selain itu, penyampai berita berkenaan turut mengambil kira kegagalan kerajaan PH sepanjang 22 bulan memerintah dan mendakwa parti berikut hanya mengutamakan isu bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, dalam kenyataan lain yang dikeluarkan oleh Pihak Awesome TV menganggap, perkara itu sebagai satu manipulasi daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan niat jahat dalam kalangan pengundi.

image is not available 5 hari lalu

“Esok Allah Tanya Hampa Jawab!” - Suhaimi Saad Mengaku Taknak Turun Mengundi, Dakwa PRU Sama Macam Berjudi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved