Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS

29 Aug 2022 • 7:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ketua pimpinan PAS itu memuat naik satu hantaran di Facebook pada 20 Ogos 2022

Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS. Sebelum ini Presiden PAS, Hadi Awang menyatakan bahawa kaum bukan Muslim dan kaum bukan Bumiputera merupakan ‘akar umbi rasuah’ di Malaysia.

Hal ini telah mencetus kemarahan buat penduduk bukan muslim, terutamanya penduduk Sarawak. Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak turut melarang Presiden PAS untuk masuk Sarawak seumur hidup.

image is not available
Keluar Kenyataan Berbaur Rasis Dan Ekstremis, Pihak Polis Jalankan Siasatan Ke Atas Presiden PAS. Sumber gambar: The Borneo Post

Sebanyak 28 laporan dibuat ke atas Presiden PAS

Menurut Malay Mail, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini membuat laporan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di balai polis Kota Sentosa ke atas kenyataan rasis yang telah diungkapkan beliau.

Menerusi kenyataan pihak polis, pihak mereka telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas beliau berkaitan dengan kenyataan berbaur rasis dan ekstremis. Sebanyak 28 laporan dibuat ke atas Presiden PAS setakat ini.

https://www.facebook.com/polisdaerahpadawan/posts/pfbid0Ld5qYn9EnKGYzPy6SXY3iUdoNRwDBfY8eYSQeo9K994YJCngSMHvmKvBB9ezH8GBl

Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

YB Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuat.

image is not available
Sumber gambar: Malay Mail

Sebelum ini, Hadi pernah hina kaum Iban yang undi Barisan Nasional pada tahun 2009 sebab masih pakai cawat. Ekoran itu, Liwan menggesa agar kerajaan Sarawak mengenakan sekatan masuk ke Sarawak seumur hidup kepada Hadi Awang kerana anasir ekstremis nya yang tidak selari dengan prinsip toleransi di Sarawak.

Berhubung kait kes di atas, anda boleh baca pautan artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut: