Keluar Mahkamah Siap ‘Payung’ Lagu Janda Baek, Model Alicia Amin Bercerai Talak Satu

Entertainment
3 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Model dan pelakon, Alicia Amin semalam dilaporkan telah bercerai talak setelah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Farzan Iqbal.

Memetik Harian Metro, Alicia tidak menjelaskan punca sebenar perceraian namun memaklumkan bahawa ia dilakukan secara baik dan harmoni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin berkata dia reda dengan ketentuan itu dan memaklumkan mereka berdua masih berkawan baik.

Saya baik-baik saja. Kami masih berkawan baik. Tak ada drama.

Sementara itu, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu ada menguar-uarkan mengenai perceraian itu menerusi satu hantaran di Instagram.

image is not available

Sumber : Google  

Memilih lagu latar belakang Baek nyanyian Joe Flizzow, ruangan komen hantaran tersebut dihujani ucapan selamat daripada peminat dan juga rakan artis.

Sekadar info, Alicia dan Farzan telah bernikah pada 14 Februari 2021 dalam sebuah majlis ringkas. Keduanya tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan.

image is not available 20 jam lalu

"Dia Masih Terkejut" - Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Ditumbuk Hafidz Roshdi