Keluar Sekejap Memulakan Podsiar Baharu Memfokuskan Perbincangan Industri Teknologi – Keris & Silicon

LocalTechnology
27 May 2026 • 5:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Keluar Sekejap merupakan jenama yang tidak asing bagi pengguna internet Malaysia, dimana saluran utamanya melakukan pelbagai perbincangan melibatkan hal ehwal semasa, politik dan juga ekonomi melaluinya. Tidak setakat itu, dibawah payung Keluar Sekejap, terdapat beberapa saluran lain, termasuk Kindred Stories, Sejarah Kita, dan juga KS Lagi.

Image from: Keluar Sekejap Memulakan Podsiar Baharu Memfokuskan Perbincangan Industri Teknologi – Keris & Silicon

Terbaru, mereka turut menambah satu lagi jenama yang memfokuskan perbincangan melibatkan industri teknologi, dinamakan Keris & Silicon. Saluran baharu ini menggunakan bahasa perantara dalam bahasa Inggeris, dan pada episod pertama ia membincangkan berkenaan dengan topik kecerdasan buataan janaan. Episod rintis ini juga mengetengahkan pelabur Keluar Sekejap, Khailee Ng, yang turut menerajui firma pelaburan 500 Global.

Untuk saluran Keris & Silicon juga, ia dilihat Shahril Hamdan akan menjadi wajah utamanya. Selain menerbitkan kandungan bersama Keluar Sekejap, Shahril Hamdan sendiri merupakan pengarah urusan untuk Bullhound Capital dalam menerajui strategi pelaburan teknologi dan operasi di Asia Tenggara.

Saluran Keris & Silicon boleh diakses melalui YouTube dan juga Spotify. Untuk makluman, selain penawaran kandungan berbentuk podsiar, pihak Keluar Sekejap juga turut mempunyai penawaran aplikasi memfokuskan pembelajaran bahasa Inggeris, dinamakan Kelas Sekejap.

View Original Article