Keluarga cemas nyaris bertembung 3 kenderaan

LocalCars
18 Mar 2025 • 2:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinius Pandakin

TAMBUNAN: Kejadian mencemaskan yang dialami oleh seorang pengguna di jalan raya Tambunan-Penampang yang tular di media sosial pada Ahad (16 Mac), mengundang kemarahan netizen.

Pemilik akaun Facebook (Fahadi Adi) menerusi rakaman video kamera papan pemuka merakam dengan jelas detik kejadian itu di mana tiga kenderaan – sebuah bas perdagangan, sebuah kereta Proton Saga dan sebuah Toyota Fortuner – memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa membawa keluarga dalam perjalanan itu dan hampir bertembung. Dia bersyukur tidak ada kereta laju mengekori keretanya di belakang.

Pengguna dari arah Tenom ketika ini terpaksa menggunakan laluan jalan Tambunan-Penampang, ekoran penutupan sementara jalan Keningau-Kimanis yang sedang diselenggara akibat tanah runtuh, baru-baru ini.

Ramai netizen mahu kejadian itu segera dilaporkan kepada pihak berkuasa.