Keluarga Dan Rakan Sanggup Panjat Tembok, Bantu Cari Jawapan Peperiksaan Kepada Pelajar

12 Mar 2024 • 11:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular satu video di media sosial yang memaparkan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan memanjat dinding tembok untuk memberi jawapan peperiksaan kepada pelajar di Sekolah Chandrawati di Nuh, Haryana, India.

image is not available

Foto: Oddity Central

Menerusi portal Oddity Central, Pengetua Sekolah Nidhi Rohilla menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku semasa peperiksaan dijalankan pada hari rabu lalu.

“Mereka semua datang hanya untuk membantu rakan-rakan dan ahli keluarga mereka sahaja,” katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa video yang tersebar itu tidak tepat sehingga membuatkan orang ramai menerima maklumat salah terhadap sekolah.

“Lelaki terbabit (dalam video) mencetuskan huru-hara di luar sekolah, namun tiada penipuan peperiksaan berlaku.

“Walaupun mereka cuba memanggil pelajar di dalam, kami memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku,” ujar pengetua sekolah.

image is not available

Foto: Google

Beliau turut berkata pihaknya tidak membenarkan orang lain memasuki sekitar kawasan peperiksaan dan peperiksaan itu dijalankan dengan betul.

“Polis meronda kawasan itu, dan pegawai ditempatkan di sudut yang berbeza di kampus,” tambahnya lagi.

Sementara itu, terdapat seorang bekas pelajar yang mengatakan bahawa penipuan peperiksaan sudah menjadi perkara rutin dan keselamatan semasa peperiksaan hanya untuk formaliti sahaja di sekolah tersebut.

“Ini adalah hal ehwal tahunan, dan saya sering menyaksikannya. Walaupun polis membuat tinjauan, ia adalah satu formaliti,” kata bekas pelajar itu.

image is not available

Foto: Google

Dia juga memberitahu rakan-rakan pelajar akan membuang kertas jawapan melalui gril tingkap untuk membantu pelajar tersebut menjawab kertas peperiksaan

“Kebanyakan guru tidak membantah,” tambahnya.

Sebelum ini, kejadian serupa pernah berlaku di mana rakan-rakan dan saudara-mara pelajar juga memanjat dinding untuk memberikan kertas jawapan peperiksaan melibatkan sebuah sekolah di Bihar, India pada tahun 2015 lalu.

Sumber: Oddity Central