Keluarga Di Sarawak Terduduk Terima Berita Kematian Nur Farah Kartini

15 Jul 2024 • 11:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
farah kartini

Tak putus harapan, itulah apa yang dilakukan abang kepada Nur Farah Kartini yang masih berharap agar adiknya ditemui hidup beberapa jam sebelum ditemui tidak lagi bernyawa.

Harapan abang mangsa iaitu Mohd Farizza Azmi dapat dilihat di Facebook.

Aku harap adik aku kembali dalam keadaan selamat. Jangan berhenti posting berkenaan adik aku. Dan jangan pernah berhenti mendoakan adik aku.

image is not available

Memetik laporan Majoriti pula, mereka ada menghubungi keluarga mangsa yang berada di Miri, Sarawak.

Bagaimanapun, pihak keluarga memaklumkan masih belum menerima sebarang perkembangan laporan berhubung kes.

Ketika ditanya lebih lanjut, pihak keluarga juga meminta ruang dan enggan mengulas lanjut kerana masih tidak dapat memastikan bahawa mayat mangsa adalah Nur Farah Kartini.

image is not available

Jap!