Keluarga guru yang dilaporkan hilang di Makkah terus dibantu

17 Jan 2023 • 1:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BATU PAHAT: Kerajaan negeri Johor akan terus berusaha menghulur pelbagai bentuk bantuan kepada keluarga seorang guru Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di tanah suci Makkah, bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata bantuan awal sudahpun disalurkan untuk keperluan perjalanan anggota keluarga guru berkenaan ke Makkah bagi urusan pencarian.

“Sekiranya ada pertambahan pembiayaan yang perlu, boleh memaklumkan kepada kerajaan negeri termasuk kepada wakil rakyat kawasan dan kita sentiasa terbuka untuk membantu,” katanya kepada pemberita selepas lawatannya ke rumah Musthafa di Sri Gading, di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri juga telah memaklumkan yang urusan pentadbiran (cuti) bagi Musthafa dan anaknya telah dipermudahkan untuk tujuan melaksanakan pencarian berkenaan,” tambahnya.

Jumaat lepas, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata Ketua Perwakilan Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi kini memantau perkembangan usaha pencarian Musthafa, yang dilaporkan hilang sejak 12 Dis lepas ketika mengerjakan umrah dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu. -Bernama