Keluarga Itu Papar Realiti Hidup Menjijikkan, Eirma Fatima Sedia Terima Kecaman

EntertainmentMovie
7 Mar 2025 • 4:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sejak mula bersiaran pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu terus mencuri perhatian. Baru tiga episod ditayangkan, namun gelombang reaksi di media sosial sudah cukup untuk membuktikan impaknya, dengan lambakan rasa sakit hati, kecewa, jijik, keliru, malah ada yang overthinking

Keluarga Itu mengangkat tema yang cukup berat dan penuh sensitiviti, membongkar realiti yang mungkin sukar diterima. 

image is not available

Dengan elemen kekeluargaan dan nilai Islamik yang kuat, serta tayangannya di bulan Ramadan, setiap adegan bukan sekadar hiburan, tetapi satu cerminan hidup yang mengundang renungan dan pedoman.

“Keluarga Itu bukan Perempuan Itu, bukan juga Lelaki Itu,” tegas Eirma Fatima yang enggan mengitar semula naratif lama.

“Saya mahu paparkan sakitnya, tenatnya masyarakat di luar sana, realiti yang tak pernah masuk dalam mana-mana drama serta isu yang tak ada siapa berani sentuh. Kerana hakikatnya, kadang-kadang, di dalam rumah sendiri pun belum tentu kita benar-benar selamat,” tambahnya.

image is not available

Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, dan Izara Aishah, adegan-adegan yang dipaparkan bukan untuk mengejutkan. 

Ia menjadi refleksi kepada dunia nyata yang semakin menggila, kehidupan yang lebih tragis daripada apa yang mampu kita bayangkan. 

Di sebalik setiap babak yang mendebarkan, terselit kisah-kisah yang begitu dekat dengan kehidupan seharian seperti kesetiaan yang diuji, kepercayaan yang terlalu naif, kebebasan yang didamba serta hasad dengki yang meracun dalam diam. 

Semua ini menjadikan Keluarga Itu bukan sekadar tontonan, tetapi sebuah realiti yang mungkin lebih dekat dengan kita daripada yang disangka.

image is not available

Tambah Eirma lagi, penonton hari ini semakin bijak memilih karya, jadi dia perlu keluar dari zon selesa. 

“Saya mahu mencabar diri, menjadi trendsetter, bukan follower. Saya tahu risiko yang saya ambil dan saya sudah bersedia andai Keluarga Itu dikecam atau mencetuskan kontroversi. Tidak mengapa, kerana saya tahu kisah ini perlu diceritakan,” katanya.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Keluarga Itu, menemani malam anda setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3! 

Strim 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk tontonan lebih awal. - Getaran, 7 Mac 2025

View Original Article